~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Sunday, November 14, 2010

..::congratss!!::..

** tahniah aku ucapkan kepada rakan aku yang paling rapat..
(dah jadi milik orang ko kena jaga elok2 k...aku doakan ko bahagia)
huhuhu~
timbul sedikit rasa cemburu dalam hati aku..
tapi apa boleh buat...
kita hanya merancang..
Allah yang menentukan semuanya..
mungkin ini ujian bagi aku...
thanks Allah...
i'm trying to be strong..**

**esok hari terakhir aku final...
paper Science & Engineering Materials..
seriously..
subject ni adalah subject yang paling BOSAN!!!
rasa malas gile nak study..
maybe juga sebab semangat nak balik rumah dah sampai kot..
heehehe..
mau tak nye..
almost 2 months tak balik rumah...
ni semua kerana aku terlalu busy menyiapkan assignments,project,presentation and so on..
huhuhu~
homesick beb!!!**

p/s: oh!!semangat study...tolonglah datang...

Sunday, November 7, 2010

~sebab ayah lelaki~


**Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.

Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu.

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.

Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.

"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."

"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."

"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."

***********************************************************

Sahabatku, masih ada perasaan bencikah di hatimu terhadap ayahmu, yang mungkin kelakuannya yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Sudahkah engkau membandingkan segala kekurangan beliau, dengan segala jasa beliau kepada kita sejak kita masih dalam kandungan ibu?

Terkadang tanpa sedar, masih banyak di antara kita yang kurang bangga terhadap ayah kita, kerana pekerjaan beliau.

Kita merasa malu ketika banyak orang mengetahui orang tua kita hanya orang kampung, yang miskin. Ah… layakkah kita disebut anak yang soleh?

Peluklah ayahmu… dan katakan,"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah… Maafkan diri ini yang selalu menambah bebanmu…” **


**aku terbaca dekat facebook..

ada kawan aku sharekan link..

seriously aku terasa sedih sangat2 leas baca nih..

nak nangis je...

SAYA SAYANG AYAH!!!**


p/s: sempat lagi aku nak update blog..hehehe..nasib copy paste je..sok my 1st paper for final for this sem..wish me luck yaa *wink*

Thursday, October 21, 2010

..::wander girl::..



**always together..
pergi kelas bersama..
group assignment bersama..
makan bersama..
study bersama...
gossip bersama...
datang kelas lambat bersama(hik3)..**

HOPE OUR FRIENDSHIP NEVER ENDS...



p/s: nama wander girl 2 classmate kitorang yang bagi.. dunno why..hahaha

p/s 2: tahniah diucapkan kepada kawan aku Nurul Aini bt Amirudin atas kelahiran cahaya mata beliau..dapat boboy kamu ya...Mohamad Hakimin Khee b Hamid Khee welcome to the world..semoga kamu menjadi anak yang soleh..cepatlah balik Malaysia..rindu kamu~

Tuesday, October 19, 2010

**aku ingin menulis..
tapi..
aku tak mampu untuk meluahkan rasaku sekarang ini melalui tulisan...
apa yang mampu aku nyatakan hanyalah..
aku memerlukan kekuatan dan semangat sekarang ini..**

Friday, October 15, 2010

..::tekanan tertekan::..

**baca tajuk pun dah boleh agak yang aku ni tengah mengalami tekanan..(macam ye je..)
makin dekat dengan final exam...
makin banyak kerja, test and assignment datang melawat..
sampaikan aku tak tau nak buat yang mana satu...
boleh terkena serangan tekanan jiwa aku macam nih..**

**sekarang ni tinggal lagi beberapa minggu je lagi nak final exam for this semester..
sekejap je rasa masa berlalu..
aku terasa macam baru je masuk semester nih and aku tak tau ape yang aku dah belajar sepanjang sem ni..
student cemerlang betol aku ni!!!**

**so sekarang aku kena la merajinkan diri untuk menapak ke library yang sangat "dekat"..
sebabnya kalau aku study dalam bilik encik katil and encik bantal mesti nak goda aku..
and lastly aku study di alam mimpi..
bila jawap exam or test mula la tergaru2 kepala...
dah tak rupa orang dah time 2..(rupa ape pon aku tak tau la..)**

**semoga aku berjaya mengharungi semester nih dengan cemerlang..
huhuhu~
result tak tau la cemerlang or x...
haha!!!**

OK!!!GTG..
mahu sambung kerja yang tak pernah nak siap...

Friday, October 1, 2010

..::senyum - malique ft najwa::..

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

**aku suka dengan lirik lagu ni...macam comel**

..::plalyful kiss::..


** playful kiss~ cerita bersiri lakonan hyun joong..
pergh~
comel and handsome sungguh beliau dalam cerita nih..
membuatkan hidung aku berdarah bila tengok kecomelan dan ke'handsome'man dia nih...**

**thanks to kele yang bagi link kat aku untuk cerita bersiri nih...
love u much la kele..
walaupun niat sebenar cik kele ni sebenarnya tak nak bagi aku study..
tapi aku tak kisah...
tak study sebab tengok HJ yang comel ini masih lagi berbaloiiii..
hehehe..
nak tengok cerita ni jugak??click kat sini..**

Sunday, September 26, 2010

bila hati terasa rindu,
fikiranku mula bercelaru,
pergerakkan ku jadi tak menentu,
kerna di benak ku hanya ada namamu...

**mood aku hari ini macam kurang sopan sikit..
aku pun tak tau kenapa...
aku rasa bosan, sunyi, rindu and macam2 lagi la...
aku sekarang ini seperti memerlukan masa untuk bersendirian..
mungkin itu adalah cara yang terbaik untukku..**

Tuesday, September 21, 2010

..::rindu zaman itu::..

**tiba-tiba hati aku terasa rindu pada kehidupan aku di matriks dulu...
terdapat 1001 cerita dan kenangan tak dapat aku lupakan...
aku sayangkan semua rakan-rakan dan kenangan aku..**

~rindukan mereka dan kekecohan didalam kelas~
~juga rindukan saat berlatih kawad..kenangan yang tak dapat dilupakan kena denda berlari keliling padang 10 pusingan..macam nak pengsan ^_^~
~mereka yang aku mula-mula kenal semasa menjejakkan kaki ke bumi matriks~
~aku juga rindukan yang ini..(oooppsss~!!)~
~ tak lupa juga buat teacher tersayang...setiap kali kelas teacher nih conferm kelas kecoh sebab teacher seorang yang happening n sporting...miss u so much teacher~

**yang pasti semua kenangan akan sentiasa tersimpan rapi didalam kotak ingatan aku**


Monday, September 20, 2010

..::seminggu berhari raya::..



**tiba-tiba hati aku terdetik nak buat entry tentang hari raya nih..
agak-agak seronok tak hari raya korang semua??
mesti ada seribu satu cerita kan..
yang kelakar,yang sedih,yang buat korang tersenyum...
aku pula sepanjang berhari raya kerja aku makan,makan dan makan...
kiranya aku dan makan macam kembar siam..
xboleh dipisahkan..^_^**

**bermula dengan raya pertama..
aku beraya di melaka (kampung ayah)..
aku dan family aku tak beraya kemana-mana pun...
sebabnya hampir semua adik-beradik ayah aku berkumpul di rumah nenek aku..
yang paling bestnya secara tiba-tiba hampir semua orang beratur tunggu turn nak masuk tandas..
aku pun tak tau kenapa semua orang punye perut berusaha nak mengeluarkan isinya..
lepas sorang,sorang masuk toilet..
sampai ade yang beratur kat luar..
kalau ade yang potong turn siap la...
insiden nih berlarutan sampai ke malam..
bak kata ayah aku, "nak sembahyang pon terpaksa berlari"
hahaha..punye la perut tu buat hal...**

**raya ke 2 aku balik ke negeri sembilan (kampung mak aku)...
happening sangat!!!!
sebab semua orang dah lama tak jumpe..
orang2 tua sibuk dengan cerita2 nostalgia..
orang muda2 buat2 dengar je la...
aku agak teruk juga kena buli dengan sepupu aku yang paling kecil..
huhuhu~
habis teruk aku kena tumbuk n tangan aku luka kena cubit dengan incik kenit 2...
haiiyaaa...
sabo je la...
lepas soalt zohor kitorang bergambar n mr.photognye incik kenit 2...**

~si kenit yang nakal~

**raya ke 3 aku balik ke rumah..
sampai je kat rumah aku terkejut tengok mr.hemohemo mati kering depan sangkar..
huhuhu~
aku berlari masuk ke dalam rumah sebab sedih..ngenggg~!!!
then kitorang semua kemas-kemas rumah yang dah kne tinggal walaupun tak sampai seminggu 2**

**raya ke 5 aku pergi beraya rumah kawan aku..
then kitorang keluar pergi jalan2 tanpa arah tujuan..
kemudian nak balik baru lah cari kek sempena birthday mak aku..
kitorang buat suprise party for my mommy...**

~muka orang yang tak de hala tuju~

**raya ke 8 incik pilot wannabe datang rumah (setelah beberapa jam aku tunggu)..
mula2 aku tak nak turun jumpa dia..( konon merajuk)
tapi akhirnya aku turun juga (rindu punya pasal *wink*)..
malam tu pulak aku pergi berjalan raya dengan kawan aku...
balik rumah teroz pengsan!!!!**

**raya k9 hari yang paling tak best untuk aku!!!!!!
sebab aku da kena balik U gara2 lambat beli tiket..
padan muka aku!!**

**pada yang masih beraya tu..
sudah-sudah la ye...(jelez!!)**

nota kaki: nak jumpa kamoo lagi..huhuhuhu~ T.T


Sunday, September 19, 2010

..::blurr(as usual)::..

**terlalu ramai yang update blog tentang pengalaman hari raya...
aku pula..
tiada mood nak update blog..
hehehehe...
bukan tiada cerita hari raya...
tapi..
nanti bila aku rajin aku update...**

**aku tengah blurr sekarang nih...
tak tahu nak buat apa..
sedangkan kerja banyak yang menanti...
apa yang bermain di kotak fikiran aku sekarang ini adalah berehat,berehat dan berehat...
mood cuti masih lagi menguasai diri aku..
maafkan saya ya encik dan puan lecturer...
nanti saya dah dapat ilham saya siapkan semua kerja2 saya.. ^_^ **

nota kaki: aku rindu dengan keluarga aku dan juga si dia...huhuhuhu~

Monday, August 30, 2010

..::no tajuk::..





**pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. kepada semua rakyat Malaysia..(xtau nak tulis apa dah..)**

**selamat ulang tahun yang ke3 perhubungan kita buat yang tersayang...
semoga perhubungan ini kekal hingga ke akhir hayat..aminn~
ku ingin kau tahu betapa sayangnya diriku ini pada dirimu..
walauapapun yang terjadi..
sayang aku padamu tak pernah pudar..
saya ingat kita dapatlah sambut ulang tahun kita pada tahun ini bersama...
tapi.. (sorry aku xmampu nak tulis lg da..emosi menguasai diri..)**

**dan akhir sekali aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat..
maaf zahir & batin..**


p/s: sebenarnya aku tak tau apa tajuk yang sesuai untuk entry kali ini...

Thursday, August 26, 2010

..::kisah hari khamis (26 ogos 10)::..

**huh!secara tiba-tiba aku terasa nak tulis ape yang berlaku sepanjang hari ini...
maybe sebab aku dah rasa sedikit freedom!!! ^_^ **

**malam sebelum tu aku tidur awl..
kononnye nak bangun awal nak study tp last2 bangun pukul 5 untuk sahur je..
then, stay sampai solat subuh...
lepas subuh ingat nak tidur jap sebab mata rasa macam mengantuk je...
tiba-tiba...
ZZzzzzZZZZ**

**aku ingat nak bangun balik pukul 7.30 baru lah bersiap-siap untuk pergi test JPJ kol 8.30 nanti..
tup2 bangun pukul 7.30 dapat kol dari encik yang ajarkan aku kereta..
en.azam: siap2 ye..jap lagi en.azam datang amek ye...
aku: huh!!!saya belom siap lagi..
en.azam: xpe en.azam boleh tunggu..
lepas aku letak telefon,1 perkataan je yang mampu aku cakap sebelom aku bersiap2..
GILE!!!!
then,terus aku berlari-lari pergi bersiap..**

**ok!!!sampai dekat akademi memandu aku pun cuba try test la bawak..neves giler!!! baru aku nak cuba buat parking tiba2 ade pak cik datang dekat aku cakap.."sudah!!sudah!!!jpj dah datang.." erk~!!!tahap kevesan aku menaik secara mendadak ok!!! bila dapat nombor turn kaki aku dah start menggeletar.. bila tengok ade orang test naik bukit tak lepas aku punya tahap neves tu pon bertambah..huhuhu~orang yang paling setia teman aku walaupun dari jauh adalah mak aku..sepanjang masa menunggu tu aku main message dengan mak aku...sampaikan aku rasa nak menangis.. T.T bila sampai turn aku satu badan menggeletar..alhamdulillah ujian naik bukit aku lulus.. :) time buat parking pulak...tengah elok2 aku pusing stereng dengan penuh semangat (sebenarnya stereng tu susah nak pulas)...tiba2 aku tertekan hon...malu ok!!!aku pandang encik jpj,encik jpj pandang aku..aku pandang tempat orang tengah tunggu turn nak buat ujian bukit,diorang semua pandang aku..hahaha.. mencari publisiti murahan betul aku..**

**sampai part aku nak buat ujian on the road...
encik jpj yang muka garang cakap dekat aku "awak ni patutnya sesi 2 tp ni dah amek sesi pertama...main tipu nih..."
aku gelak je la..
aku ambil awal dari yang sepatutnya sebab petang aku ada lab n malam aku ade test...
so aku terpaksa la mempercepatkn proses ujian nih...
sebelum bergerak aku check2 la mne yang patut (ikut apa yang di ajar..)
tengah elok2 aku drive kt atas jalan tu..
tiba-tiba....
encik jpj: awak check gear tak sebelum jalan tadi??
aku: check2!!
encik jpj: saya tak nampak pon..
aku:kan encik sendiri yang tengok saya buat tadi..
encik jpj: biar betul awk ni..saya tak nampak pun...
aku: betul la encik..saya check...
encik jpj: ....
aku: (buat muka sedikit tak puas hati)
huhuhu~
takpe2..aku assume maybe dia tak perasan..
then lepas habis ujian tu je encik jpj ckp tahniah lulus...
yeayy!!!
seronok tak terkata..hihi~
alhamdulillah...
tapi badan aku,tangan aku,kaki aku semuanya menggeletar...
neves tak hilang lagi..
sampai nak isi form untuk lesen pun terpaksa orang lain tolong isikan sebab tangan aku menggeletar tak ingat dunia..hihi~
aku balik dengan gumbira and terus call mak aku..
mak: macam mana test tadi??semua ok tak??
aku: (buat suara sedih)
mak: kenapa??gagal ke??
aku: (cakap dengan nada sedih) lepas ni mak tolong belikan kereta ea...
mak: lulus??!!!!(terkejut) alhamdulillah..
lepas tu aku pun cerita la segala macam yang berlaku sepanjang ujian tu..
hihihi~**

**sampai je aku dekat bilik, aku rehat2 jap..lepas tu terus siap2 pergi lab...
tak ade apa yang best pun berlaku dalam lab..
yang cuma aku nak beritahu cuaca sangat panas..**

**balik dari lab aku pergi bazar beli makanan untuk berbuka nanti..
sampai kat bilik aku terus study untuk test malamnya..
seyesly aku macam tak berapa faham dengan ape yang aku belajar tu..
malamnye aku jawap test dengan mata yang mengantuk and kepala otak yang sungguh blurrr
(-.-)
sesungguhnya aku sangat pasrah dengan test 2...
mungkin sebab mood cuti raya sudah datang menyinggah dan juga mungkin kerana aku sejak kebelakangan ini kerap tidur lewat dan bangun awal..
terlalu banyak kerja yang harus di siapkan.. **

p/s: aku tiba2 rasa rindu sangat2 pada si dia...huhuhu~ and buat temanku,aku sungguh terasa hati dengan kamu..aku bukanlah sebijak kamu.. :'(