~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Thursday, October 21, 2010

..::wander girl::..



**always together..
pergi kelas bersama..
group assignment bersama..
makan bersama..
study bersama...
gossip bersama...
datang kelas lambat bersama(hik3)..**

HOPE OUR FRIENDSHIP NEVER ENDS...



p/s: nama wander girl 2 classmate kitorang yang bagi.. dunno why..hahaha

p/s 2: tahniah diucapkan kepada kawan aku Nurul Aini bt Amirudin atas kelahiran cahaya mata beliau..dapat boboy kamu ya...Mohamad Hakimin Khee b Hamid Khee welcome to the world..semoga kamu menjadi anak yang soleh..cepatlah balik Malaysia..rindu kamu~

Tuesday, October 19, 2010

**aku ingin menulis..
tapi..
aku tak mampu untuk meluahkan rasaku sekarang ini melalui tulisan...
apa yang mampu aku nyatakan hanyalah..
aku memerlukan kekuatan dan semangat sekarang ini..**

Friday, October 15, 2010

..::tekanan tertekan::..

**baca tajuk pun dah boleh agak yang aku ni tengah mengalami tekanan..(macam ye je..)
makin dekat dengan final exam...
makin banyak kerja, test and assignment datang melawat..
sampaikan aku tak tau nak buat yang mana satu...
boleh terkena serangan tekanan jiwa aku macam nih..**

**sekarang ni tinggal lagi beberapa minggu je lagi nak final exam for this semester..
sekejap je rasa masa berlalu..
aku terasa macam baru je masuk semester nih and aku tak tau ape yang aku dah belajar sepanjang sem ni..
student cemerlang betol aku ni!!!**

**so sekarang aku kena la merajinkan diri untuk menapak ke library yang sangat "dekat"..
sebabnya kalau aku study dalam bilik encik katil and encik bantal mesti nak goda aku..
and lastly aku study di alam mimpi..
bila jawap exam or test mula la tergaru2 kepala...
dah tak rupa orang dah time 2..(rupa ape pon aku tak tau la..)**

**semoga aku berjaya mengharungi semester nih dengan cemerlang..
huhuhu~
result tak tau la cemerlang or x...
haha!!!**

OK!!!GTG..
mahu sambung kerja yang tak pernah nak siap...

Friday, October 1, 2010

..::senyum - malique ft najwa::..

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

**aku suka dengan lirik lagu ni...macam comel**

..::plalyful kiss::..


** playful kiss~ cerita bersiri lakonan hyun joong..
pergh~
comel and handsome sungguh beliau dalam cerita nih..
membuatkan hidung aku berdarah bila tengok kecomelan dan ke'handsome'man dia nih...**

**thanks to kele yang bagi link kat aku untuk cerita bersiri nih...
love u much la kele..
walaupun niat sebenar cik kele ni sebenarnya tak nak bagi aku study..
tapi aku tak kisah...
tak study sebab tengok HJ yang comel ini masih lagi berbaloiiii..
hehehe..
nak tengok cerita ni jugak??click kat sini..**