~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Thursday, August 11, 2011

..::selepas berlatihan industri..::..


**Assalamualaikum n Hi everybody…
Minggu lepas (5 August) tamat lah sudah sesi berlatihan industri aku…yahoooo~!!(Alhamdulillah)
Tak sampai 2 hari aku berehat dan bersenang lenang di rumah..
Aku minta kerja sementara di Carrefour Seksyen 23 (dekat gilerr dengan rumah)
Alhamdulillah dapat kerja di Butik Asfa (dalam Carrefour)..
Kerja kat butik ni okay lah…
Coz kerja kat butik ni tak de lah susah sangat lagi-lagi customer tak berpa ramai..
Sampai aku boleh buat report untuk latihan industri aku lagi…hehee
Tapi..
Tunggu lah nak dekat raya nanti..
Mana tahu ramai pula customer tiba-tiba kan…
Okies!! Aku stop kat sini sekejap..
Nak sambung buat report latihan industri yang tak siap-siap..hehe
ADIOS AMIGOS**

Monday, August 1, 2011

..::happy ramadhan::..


** Salam readers…
Di kesempatan ni aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
buat semua kaum muslimin dan muslimat…
Puasa puasa juga..
Kerja tetap kerja…
Jangan jadikan alasan penat bekerja untuk tidak berpuasa ye kawan-kawan..**



Monday, July 25, 2011

** Menghitung hari untuk menamatkan Latihan Industri...
Soooooo~ EXCITED!!!!**

Saturday, July 16, 2011

..::SOMETIMES::..

** Kadang kala aku perlukan ruang untuk bersendiri..
Kadang kala aku perlukan masa untuk memikirkan antara kau dan aku…
Dan..
Kadang kala aku juga memikirkan sejauh mana aku mampu berlari jika kau tiada di sisi..
Dan aku juga tahu..
Kau juga perlukan masa untuk semua itu..
Demi masa depan kau dan aku…
Maafkan aku…
Aku perlukan semua itu ketika ini…
Aku perlukan masa untuk bersendiri..
Aku perlukan masa untuk berfikir..
Maafkan jika aku menyepi..
Menjauhkan diri darimu ketika ini..
Satu yang perlu kau ketahui..
Kau tetap di hati ku sehingga hari ini..
Ku harap kau mengerti..**

p/s: nih hasil tulisan aku sendiri..xde cilok2 :D sekadar ingin meluahkan rasa hati..

Wednesday, June 22, 2011

..::setelah sekian lama::..

** ouh~!! Aku sungguh rindu untuk menulis dekat sini…
(I really mean it ok!!!)
Banyak bende aku nak merepek sebenarnye nih..
Tapi..
Aku akan cuba untuk tulis semuanya seringkas yang aku mampu ok…**

**First, sekarang ni aku tengah berpraktikal!!!!
Seronok ke tak aku sendiri pon tak tahu..(serious!!)
Aku mula berpraktikal 16 May 2011 dan akan habis 8 Ogos 2011..
Lepas 2 tanam jagung kat rumah..ahakss!!

Minggu pertama aku pergi ke tempat praktikal mak aku tolong hantarkan..
And..
Masa balik mr.pilot tolong ambilkan…memang rasa seminggu yg pertama tu bahagia betol lah…

Selama sebulan lebih aku dah berpraktikal nih banyak jugak lah tempat yang aku dah pergi..
Indah Water Konsortium Taman Melawati, F&N Beverages Sdn Bhd (Water treatment plant), Afftech Corporation Sdn Bhd kt Puchong, Industronics Automation Sdn bhd kt Puchong, Industrial Water Engineers kt Shah Alam..
Dan semalam aku pergi Enkei (M) sdn bhd..hehehe

Bila dapat keluar “jalan-jalan” baru aku rasa dapat belajar banyak benda (kot)…. :P**

** Dalam aku tengah-tengah busy berpraktikal ni…(konon busy la kan..)
Tiba-tiba aku dapat message dari classmate aku a.k.a roommate aku..
Dia beritahu yang result dah keluar…
OMG!!!!
Serious giler cuak bila dapat tahu result dah release…
Dengan tangan terketar-ketar aku pon check la result…(ayat tak bleh bla!!)
And..
Alhamdulillah aku dapat 3.00++(yang lebih2 2 secret!!)
So lepas tu aku rasa nak melompat-lompat kejap  (tapi tak buat pon..)
Then, aku pun sambung lah hari berpraktikal aku macam biasa..

Yang sedihnya aku dapat share kegembiraan nih dengan mr.pilot dekat phone je la…
Sebab mr.pilot hari tu night stop kt penang..
Tak dapat la nak bercelebrate…(kononnya..)**

**Setelah setahun setengah aku tak jumpa kawan baik aku..
Finally dapat jugak kitorang jumpa sebab kebetulan masa tu dia datang KL atas urusan tertentu..
Hehehe…
Sepanjang berjumpa kerja kami berlawan cakap je..
Aku mestilah nak menang…
Tapi dia memang tak nak mengaku kalah..
Kawan aku yang sorang tu memang SENGAL!!!

Btw, thanks ya for the day…
Panjang umur kite jumpa lagi ok…**

**sekarang ni pula aku tengah tak sabar untuk menunggu kepulangan cik gojes..
Mahu bersua muka dan lepakking bersama and bergossipping…
Cant wait for next month!!!**

**sekarang ni aku dah mula merindui kawan aku yang sorang tu…
Beb!!bile ko nak tuurn KL lagi weh…**

Sampai sini je aku nak merepek hehehe..
Mahu bekerja sebentar…
Chow!!

Monday, May 9, 2011

..::My Friends::..

** holla~!!
lepas habis final barulah kali ini dapat aku berkesempatan nak menghupdate blog…
hari ini aku nak cerita tentang kawan-kawan aku yang teramat aku saying..
hehehe…**

1. Asma al Husna

~dengan anak murid kesayangan beliau~

aku kenal dia nih dari aku darjah 1 sampai lah sekarang (korang fikir lah berapa lama dah kitorang berkawan..)..macam-macam benda yang berlaku kitorang lalui bersama..susah,senang,sedih,gembira,gelak ketawa..aku dan dia selalu berkongsi segala masalah dan juga rahsia..aku percaya kan dia sebagai orang yang paling rapat dengan aku..jadi, aku tak rasa takut sedikit pun untuk bercerita segalanya dengan dia dan yang paling penting dia tak pernah berkira sikit pun dengan aku..(thanx a lot weh)..aku sekolah dengan dia dari darjah 1 sampai tingkatan 2 lepas 2 aku pindah sekolah tapi aku dan dia tak pernah terputus hubungan..setiap kali cuti sekolah kitorang akan keluar berjalan-jalan menghabiskan masa dan duit bersama-sama sambil bergossip..tapi sekarang dia dah pun menjadi tunang orang dan tidak lama lagi akan berkahwin..tinggallah aku single mingle..apepun aku akan gembira bila kawan aku gembira..aku sangat2 happy dapat kenal dia..sayang ko lebih la weh..hahaha J

2. Izzati Kamil

~gambar nih dicurik dari mukabuku beliau..gojez!!~

ini kawan alam maya aku.. coz aku belum pernah bertemu muka dengan dia..hihihi~ aku panggil dia cik sendoh and kenal dia melalui kawan encik pilot aku, Amirul Hadi a.k.a abang guava..dia belajar dekat Dublin, Ireland course medic..kalau tak ada aral melintang, bulan 7 ni aku n cik sendoh akan berjumpa..(ouh~!!sungguh excited!!) aku mula kenal dia dari twitter..tempat aku dan sendoh membuli amirul..makin lama aku dan sendoh makin rapat dan kepada dia tempat aku bergossip-gossip, meluahkan perasaan, berkongsi gembira..She’s helping me a lot dikala aku memerlukan seseorang untuk berkata-kata..paling aku tak boleh lupa masa menjelang final exam aku baru-baru nih..aku tak ada tempat nak meluahkan perasaan dan dia sudi berkongsi dengan aku..dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati aku..LOVE U DARL!!!

3. Aishah Ghazali

~ini cik Sha~

aku kenal dia nih masa aku jadi fasilitator masa program cuti sekolah hujung tahun lepas..aku baru kenal dia dalam 6 bulan..walaupun perkenalan aku dan dia tak lama, tapi kitorang rapat macam dah bertahun kenal..aku dan dia juga saling berkongsi segalanya..(sha,ang igt x??hihihi)aku happy sangat dapat berkenalan dengan dia walaupun sekejap..dalam tempoh sebulan kitorang bekerja bersama membuatkan kitorang semakin rapat..tapi sekarang dia dah jauh di kedah..Hope will see u again sha..huhuhu~

**kalau nak listkan semua orang memang ramai..tapi, inilah 3 orang kawan aku yang rapat dengan aku dan aku takut kehilangan diorang semua…
aku rindukan korang semua!!!**

p/s: kepada kawan2 yang lain, jangan kecik hati ye kalau nama anda tak tercalon..aku tetap sayangkan korang jugak… J

Tuesday, April 26, 2011

..::sharing is caring::..

**hai readers…
Entry kali ini aku nak membebel mengenai perkara yang TIDAK boleh kita buat selepas makan..
Lepas baca tips nih harap-harap korang amalkan lah ye…
CHECK IT OUT!!**

1. JANGAN MEROKOK
Please!!please!!please !! walaupun korang perokok tegar macam mana sekali pun..tolonglah jangan merokok selepas makan ok?? Sebab jika anda mengamalkan merokok selepas makan, peluang anda untuk mendapat penyakit kanser@cancer adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang merokok 10 batang rokok..REMEMBER THAT!!

2. JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
“ape nih??tak kan makan buah pun tak boleh??” jangan salah faham ye..maksud aku selepas makan jangan terus makan buah-buahan..kenapa?? sebabnya buah-buahan yang kita ambil selepas makan itu akan menyebabkan perut kita BUNCIT kerana dipenuhi dengan angin…kalau nak makan buah-buahan anda boleh lah makan 1 atau 2 jam selepas makan ataupun sejam sebelum makan…

3. JANGAN MINUM TEH
“aik??teh pun tak boleh jugak??” kalau anda nak tahu, daun teh mengandungi  asid dan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung didalam makanan yang kita makan tu susah untuk di digestkan @dihadamkan..

4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
Hehehe..bunyi macam kelakarkan..tapi aku tahu ramai yang buat..yelah, lepas makan perut kita mesti padatkan..then tak nak bagi perut tu rasa padat kita pun longgarkanlah tali pinggang kita tu..kenapa aku cakap tak boleh longgarkan tali pinggang??kalau kita melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus kita berbelit dan tersekat dengan makanan..moralnya:jangan lah makan banyak-banyak..hihihi~

5. JANGAN MANDI
Mesti korang pernah dengar juga kan orang cakap jangan mandi lepas makan nanti BUNCIT!!!aku pun ade dengar juga orang cakap kat aku..hehehe..tapi secara biologinya jika kita mandi selepas makan jumlah darah yang akan mengalir ke tangan, kaki dan badan kita akan menaik secara mendadak dan darah di sekitar bahagian perut kita akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan system penghadaman di dalam perut kita menjadi lemah.

6. JANGAN BERJALAN
Selalu kita dengar orang cakap kalau nak kurus berjalan sekurang-kurangnya 100langkah selepas makan sebab nak bagi makanan yang kita makan tu turun cepat..aku pun baru sedar rupanya fakta tu SALAH!!!sebenarnya jika kita berjalan selepas makan boleh menyebabkan system penghadaman kita tidak dapat menyerap nutrisi yang ada dalam makanan yang kita makan…jadi, lepas makan kita kenalah berehat-rehat sebentar barulah boleh berjalan-jalan..hehehe

7. JANGAN TIDUR
Nih pun selalu juga orang cakap..siapa yang tidur selepas makan akan BUNCIT!!(huhu~) kita tidak di galakkan tidur selepas makan sebab nanti makanan yang kita makan tu tak dapat dihadam dengan betul oleh perut kita ni..nanti mula lah terasa sakit-sakit perut..huhuhu~ dan tabiat tidur selepas makan ni boleh menyebabkan GASTRIK dan juga jangkitan pada usus..(aku dah kena gastri..sakit die memang tak tertanggung..)
**ok!!cukup 7 tips untuk kesihatan korang semua..
So aku harap lepas nih korang amal kan ye… ^_^
Daaa~**

Thursday, April 21, 2011

..::oh mertuaku::..

**holla~!!
Hari ini aku nak bercerita mengenai mertua..
Atau lebih khusus lagi…
Cara-Cara Memenangi Hati Mertua..
Perghhh~!!!
Tajuk memang tak ingat dunia..(macam lah aku ni dah kawin..heehehe)**

mode: berangan... ^_^


** Bila saja kita sudah selesai diakad nikahkan ataupun di ijab kabulkn, secara rasminya kita menjadi milik si dia. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.**

**macamlah aku ni dah kawin..hihi :D
Ini sekadar perkongsian dari aku..
(nak isi masa lapang sepanjang study week nih sebenarnya..ngeh3!!)**

p/s: aku rasa gembira melihat kawan-kawan aku yang dah berkahwin hidup bahagia dengan pasangan masing-masing..melihat anak mereka yang comel..ouh~!!bila lah aku nak ada anak sendiri…jangan tanya bila aku nak kawin..huhuhu~

sumber: syahirul.com 

Sunday, April 3, 2011

..::PSM oh PSM::..

**ouh~!! Diriku sungguh rindu untuk menulis di blog yang tak seberapa nih…
Walaupun sekarang xberapa nak free lagi (esok malam ada test!!!)
Tapi kepala otak nih dah terasa ringan sikit padahal project tak siap2 lagi..
Aku gagahkan juag untuk menulis..(ceeewaahh!!!)**

**entry kali ini aku nak mengarut sebab apa aku busy sangat sampai blog tak terupdate2..
Mesti korang-korang as pengikut setia aku nih tertunggu-tunggu kan..
Ahakkss!!(ada ke orang nak jadi pengikut setia blog kau!!perasan tahap dewa..)**

**salah satu sebab aku busy (ayat macam orang jawap exam!) adalah kerana aku bertungkus lumus (yeke??) menyiap kan PSM bukan PMS yee.. ^_^
PSM tu ape ye??
PSM itu adalah singkatan kepada Projek Sakit Mata..ahakz!!
Ehh!!ehh!!bukan!!bukan!!
PSM = Projek Sarjana Muda..ngee~
Sepanjang buat PSM nih memang aku jadi seorang yang sangat2 rajin baca journal dan baca buku..
Aku kena buat review tentang tajuk yang aku dapat..
Then, kena present depan panel2..(gile cuak!!!)
Kena hantar proposal PSM dekat SV(supervisor)
Nak tau apa tajuk PSM aku??
Haa~ nih dia…


Amcam?? Agak2 pening tak tengok tajuk dia??
Seriously aku pening first time tengok tajuk nih pun aku pening2 gak…
Tapi lepas bace journal2 dan buku2 sampai nak termuntah ijau baru lah aku faham sikit-sikit..

~aku jadi ulat buku jap~

Then aku tanya2 SV aku tentang tajuk nih…
Tanya dia betul tak apa yang aku fikirkan dengan apa yang dia harap kan…hohoho~


~konon aku nih best student la tuh!!~

Tapi aku memang respect giler dengan Sv aku nih…
Nama SV aku Dr.Syed Mohd Saufi Tuan Chik..
Beliau memang sangat2 pandai…
Aku yang baru buat PSM nih da give up…
Apatah lagi nak buat phD…
Hati memang kena KENTAL lah!!!**

**ok lah.. aku stop sampai sini dulu…
Nanti aku sambung lagi merepek…
Daaa~**

Saturday, April 2, 2011

..::funny pic::..



**just wanna share a funny pic.. ^_^
maaf terlalu busy hingga tidak punya masa untuk mengupdate blog..**

**bila dah habis final nanti aku akan update ye..**

(sila click pada gambar untuk tumbesaran)

Tuesday, February 15, 2011

..::ingat 5 perkara sebelum 5 perkara::..

** Dalam sebuah hadis ada menyatakan “Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian..”
Dapat disimpulkan di sini bahawa kita mestilah mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1.     Muda sebelum Tua
2.    Sihat sebelum Sakit
3.    Kaya sebelum Miskin
4.    Lapang sebelum Sempit
5.    Hidup sebelum Mati







Kita perlu ingat nikmat hidup yang kita ada sekarang ini adalah sementara sahaja dan Allah boleh menarik nikmat yang sedang kita kecapi ini pada bila-bila masa sahaja…**

**entry aku kali ini hanya sekadar peringatan buat diriku dan juga teman-teman sekalian..kita ini hanyalah manusia biasa yang sering alpa dan terleka dan kita perlulah saling ingat-mengingati..**

**Sekarang ini aku sedang sibuk dengan assignment, report, proposal undergraduate research proect dan juga aku sibuk study untuk test2 yang bakal menjelma..huhuhu~ agak tertekan juga bila berada dalam keadaan yang terlalu sibuk..kadang-kadang terasa diri ini macam sudah tidak terurus lagi..(nak balik rumah… T.T)**

kerja oh kerja, test oh test...huhuhu~





**Dan pabila diri aku berada dalam keadaan tertekan mulalah emosi aku menjadi tidak stabil..mudah terasa, mudah sedih dan paling ketara aku berubah menjadi seorang yang pendiam  dan suka bersendirian(OMG!!!! That’s not me..!!)**
Agak-agaknye aku blh jd kurus cmni x nnti??


**oh~!! Banyaknya kerja…..**

Monday, January 31, 2011

..::roti oh roti::..






**Semua orang suka makan roti..(if I’m not mistaken..)

Aku pun suka makan roti..

Macam- macam jenis roti yang ada di dunia ni..

Roti buku, roti canai, roti telur, roti jala dan banyak lagi…(xlarat nak tulis semua)

Yang aku paling suka makan roti cheese bakar..nyum!!nyum!!

Sungguh enak tak terkata...**

~roti canai..sedapnyeeee~


** Tapi ada satu je jenis roti yang aku tak berapa selera nak makan..

Aku tak mahu cerita panjang korang tengok lah sendiri gambar-gambar ini..**







p/s: agak2nya lah kan korang berselera tak nak makan roti macam dalam gambar kat atas nih??aku macam tak sanggup je nak makan..huhuhu~ gambar ni aku ambil kt Mr.Google and amazing nara(kalau nak baca lebih lagi boleh click kat perkataan 2 k..)


Wednesday, January 12, 2011

..:: kehidupan pilot::..


"kehidupan Pilot”..bunyi tajuk entry kali ni macam aku lak yang jadi pilot kan…by the way, entry kali ini maybe lebih kepada luahan hati pasangan pilot kot..(aku la orangnye..huhuhu~)

Bila cakap pada orang tidak kira siapa pun mengenai pilot…first thing yang akan keluar dalam fikiran sesiapa pun adalah DUIT!!


Cmni la agknye expression yang akan keluar


Memang aku tak nafikan kerja pilot nih memang banyak duit (berbaloi la dengan kerja diorang yang nak bawa nyawa orang beratus-ratus tu dengan selamat)..tapi itu bukan sebab utama aku memilih pasangan hidup aku seorang pilot..masa mula2 aku kenal dengan “beliau” aku tak pernah tahu pun yang “beliau” ingin menjadi seorang pilot..(sudah!!lupakan sejarah lalu!!)


Style gak bile tgk uniform pilot..


Since “beliau” masuk belajar ke flying academy aku macam terasa jauh sedikit dengan “beliau” (scr fizikalnya pon mmg da jauh..). beliau terlalu sibuk belaja..Even time 2 pun aku still study lagi tapi kesibukkan “beliau” belajar dan terbang tanpa sayap itu membuatkan aku terasa jauh…masa aku cuti semester “beliau” tak cuti..masa “beliau” cuti aku pulak busy study…1001 macam dugaan datang menimpa..

Tahun lepas “ beliau” mula masuk kerja..aku seronok sangat sebab “beliau” lama juga la tanam anggur..(sgt kesian ok!!) bila kita dengar kerja pilot macam seronok je dapat jalan2, duit banyak…but for me tak rasa pun apa itu seronok…sebab “beliau” terlalu busy terbang sana terbang sini…aku cuba memahami kerjaya “beliau” tapi kadang-kadang aku menjadi seorang yang lansung tidak memahami….


Jd pilot adlh cita2 “beliau” dr kcik…


It sounds like aku lansung tak support kerjaya “beliau” kn??aku bukan tak support…tapi kadang-kadang aku inginkan “beliau” punya masa untuk aku..aku rasa sedih sangat-sangat bila melihat rakan-rakan aku happy dapat jalan-jalan dengan yang tersayang, makan bersama…aku tak mahu hari-hari tapi sekurang-kurangnya “beliau” punya masa untuk diluangkan bersama aku…sekurang-kurangnya sebulan sekali ke…

Apa boleh aku buat..itu yang “beliau” idamkan..itu yang “beliau” impikan..Aku hanya mampu mendoakan semoga “beliau” Berjaya dan sentiasa selamat..AKU SANGAT MERINDUI BELIAU…

Sebenarnya bukan senang kerja menjadi seorang pilot nih…aku kesian tengok “beliau”..kalau ada sesiapa yang teringin nak tahu apa yang aku maksudkan bukan senang tu cubalah jadi pilot…nanti conferm boleh faham apa maksudnya..

Cukuplah kot rasanya aku mengarut menulis..mahu berehat goyang kaki sebentar…


Monday, January 10, 2011

..::malam puisi riong:apakah dosaku::..


** last night (10 jan 2011) ada "Malam Puisi Riong: Apakah Dosaku" di Kompleks Sukan, UMP anjuran UMP and Berita Harian..best!! pengacara majlis pada malam tu Ahmad Fedtri Yahya...**

** ramai juga pemuisi yang datang antaranya PM Dr. Lim Swee Tim, Ramli Sarip, Imam Muda Asyraf, Anbakri, Taheera Roshina, Fynn Jamal, Cicik Akademi Nasyid, Masli NO dan lain-lain lagi..(aku xigt sbenaye spe lg..hehehe)**

** yang paling best masa nak penutup Ramli Sarip menyanyi semua orang rasa enjoy yang teramat2 sangat...(blh act ngn ayah aku yg mnt gle ramli saip..hehehe)**

** tema "Apakah Dosaku" berkisarkan pada isu pembuangan bayi yang semakin menular dan menjadi-jadi di kalangan remaja masa kini..(i'm blurr..xtau nk tulis ape lg da..)**








korang tgkla pic2 ni..ENJOY!!

tyme dato' NC UMP baca puisi..

PM Dr. Lim Swee Tim with Fedtri Yahya


PM Dr. Lim Swee Tim


Anbakri ( mula2 tgk muka dia cm Jamal Abdillah la...)

Cicik Akademi Nasyid


p/s: nk upload video2 tp tiba2 ade prob lak..huhuhu~ and sorry gambr xberapaa ok coz aq dok kt tgh2 so byk gmbr amek dr slide je la..hehehe