~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Wednesday, January 12, 2011

..:: kehidupan pilot::..


"kehidupan Pilot”..bunyi tajuk entry kali ni macam aku lak yang jadi pilot kan…by the way, entry kali ini maybe lebih kepada luahan hati pasangan pilot kot..(aku la orangnye..huhuhu~)

Bila cakap pada orang tidak kira siapa pun mengenai pilot…first thing yang akan keluar dalam fikiran sesiapa pun adalah DUIT!!


Cmni la agknye expression yang akan keluar


Memang aku tak nafikan kerja pilot nih memang banyak duit (berbaloi la dengan kerja diorang yang nak bawa nyawa orang beratus-ratus tu dengan selamat)..tapi itu bukan sebab utama aku memilih pasangan hidup aku seorang pilot..masa mula2 aku kenal dengan “beliau” aku tak pernah tahu pun yang “beliau” ingin menjadi seorang pilot..(sudah!!lupakan sejarah lalu!!)


Style gak bile tgk uniform pilot..


Since “beliau” masuk belajar ke flying academy aku macam terasa jauh sedikit dengan “beliau” (scr fizikalnya pon mmg da jauh..). beliau terlalu sibuk belaja..Even time 2 pun aku still study lagi tapi kesibukkan “beliau” belajar dan terbang tanpa sayap itu membuatkan aku terasa jauh…masa aku cuti semester “beliau” tak cuti..masa “beliau” cuti aku pulak busy study…1001 macam dugaan datang menimpa..

Tahun lepas “ beliau” mula masuk kerja..aku seronok sangat sebab “beliau” lama juga la tanam anggur..(sgt kesian ok!!) bila kita dengar kerja pilot macam seronok je dapat jalan2, duit banyak…but for me tak rasa pun apa itu seronok…sebab “beliau” terlalu busy terbang sana terbang sini…aku cuba memahami kerjaya “beliau” tapi kadang-kadang aku menjadi seorang yang lansung tidak memahami….


Jd pilot adlh cita2 “beliau” dr kcik…


It sounds like aku lansung tak support kerjaya “beliau” kn??aku bukan tak support…tapi kadang-kadang aku inginkan “beliau” punya masa untuk aku..aku rasa sedih sangat-sangat bila melihat rakan-rakan aku happy dapat jalan-jalan dengan yang tersayang, makan bersama…aku tak mahu hari-hari tapi sekurang-kurangnya “beliau” punya masa untuk diluangkan bersama aku…sekurang-kurangnya sebulan sekali ke…

Apa boleh aku buat..itu yang “beliau” idamkan..itu yang “beliau” impikan..Aku hanya mampu mendoakan semoga “beliau” Berjaya dan sentiasa selamat..AKU SANGAT MERINDUI BELIAU…

Sebenarnya bukan senang kerja menjadi seorang pilot nih…aku kesian tengok “beliau”..kalau ada sesiapa yang teringin nak tahu apa yang aku maksudkan bukan senang tu cubalah jadi pilot…nanti conferm boleh faham apa maksudnya..

Cukuplah kot rasanya aku mengarut menulis..mahu berehat goyang kaki sebentar…


7 comments:

che ain said...

hehheehh... mmg susah.hahahah
adik sy pun ckp mcm tu..n pernah kawan dia hampir terhempas d t'ganu ari tu...

by the way salam prkenalan....

me^mYseLF_n_i said...

@che ain: risko tinggi gle...kdg2 rsau pon ade gak...huhuhu~

slam perkenalan juga.. :)

che ain said...

mmg teramat risau...
da terbaca paper pilot firefly mati sbb x cukup rehat... heheheh
tp ajal maut kita x tau jd kita berdoa yg terbaik utk mereka

me^mYseLF_n_i said...

mati sbb xckop rht??
if i'm not mistaken pilot FY 2 meninggal coz dye tergelincir kt blek air..huhuhu~
tragik kan..
tp da ketentuan tuhan...rite??

emy said...

syahdunyer bile bace... kui3...

me^mYseLF_n_i said...

emy, ang perli aq kaa??

Wany Winnie said...

seriously sy fhm ap yg awk rsa sbb sy pon dlm situasi yg sama.. kdang2 sy pon jd seorang yg sgt tidak memahami kerjaya dia sbb sy ingin kan perhatian dri dia.. tp ap blh buat kn bila dh syg kena sbr jelh..