~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Thursday, March 11, 2010

??

** aku tahu kau masih mencintai dirinya...
walaupun kau tahu yang dia tidak sepenuhnya mencintai dirimu..
kau selalu mengagungkan dirinya di hadapanku,temanmu..
tapi..
adakah dia juga berbuat begitu dihadapan teman-temannya..??
aku tahu kau sentiasa mengharapkan cinta yang tulus dan suci darinya..
hanya untuk kau seorang...
tapi...
adakah dia mencuba untuk memberikan cintanya sepenuh hati kepada kau??
kau menceritakan pada aku...
aku mengerti perasaanmu kawanku...
kau menceritakan segalanya padaku..
masihkah kau mengharapkan cintanya lagi??
kau harus ingat..
jodoh dan pertemuan di tangan tuhan..
andai dia adalah jodoh buat kau...
suatu hari nanti dia pasti akan kembali pada kau..
biarkan masa yang menentukan...
jangan kau katakan yang kau berputus asa dengan cinta..
aku sentiasa mendoaan agar kau bahagia..
bersabarlah dengan dugaan yang mendatang..
dan aku harap suatu hari nanti kauakan hidup dengan riang..**

**waa~ apela yg aku merepek pg2 bute ni...ni sme berkaitan ngn cte idop kwn aku sorg ni..ni bkn cte ttg hdp aku..**

Tuesday, March 9, 2010

..::mahu pulang::..

** Assalamualaikum dan salam sejahtera...
di harapkan kepasa sesiapa yang membaca blog aku ini berada dalam keadaan sihat sejahtera..**

**pada ketika aku menulis di blog ini..
keadaan kesihatan aku tidak berapa memuaskan...
aku sedang demam...
dan hatiku kuat meronta-ronta ingin pulang..
waa~
dan di sebabkan perasaan yang tak tertanggung ingin pulang ke rumah..
pada minggu lepas dengan gigihnya aku keluar membeli tiket bas..
dan aku juga sanggup untuk ponteng keas pada petang Khamis..
semata-mata ingin pulang...
oh rumah!!!
tunggu kepulanganku ya...
hehehe..
aku sudah homesick!!!**