~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Tuesday, April 26, 2011

..::sharing is caring::..

**hai readers…
Entry kali ini aku nak membebel mengenai perkara yang TIDAK boleh kita buat selepas makan..
Lepas baca tips nih harap-harap korang amalkan lah ye…
CHECK IT OUT!!**

1. JANGAN MEROKOK
Please!!please!!please !! walaupun korang perokok tegar macam mana sekali pun..tolonglah jangan merokok selepas makan ok?? Sebab jika anda mengamalkan merokok selepas makan, peluang anda untuk mendapat penyakit kanser@cancer adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang merokok 10 batang rokok..REMEMBER THAT!!

2. JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
“ape nih??tak kan makan buah pun tak boleh??” jangan salah faham ye..maksud aku selepas makan jangan terus makan buah-buahan..kenapa?? sebabnya buah-buahan yang kita ambil selepas makan itu akan menyebabkan perut kita BUNCIT kerana dipenuhi dengan angin…kalau nak makan buah-buahan anda boleh lah makan 1 atau 2 jam selepas makan ataupun sejam sebelum makan…

3. JANGAN MINUM TEH
“aik??teh pun tak boleh jugak??” kalau anda nak tahu, daun teh mengandungi  asid dan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung didalam makanan yang kita makan tu susah untuk di digestkan @dihadamkan..

4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
Hehehe..bunyi macam kelakarkan..tapi aku tahu ramai yang buat..yelah, lepas makan perut kita mesti padatkan..then tak nak bagi perut tu rasa padat kita pun longgarkanlah tali pinggang kita tu..kenapa aku cakap tak boleh longgarkan tali pinggang??kalau kita melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus kita berbelit dan tersekat dengan makanan..moralnya:jangan lah makan banyak-banyak..hihihi~

5. JANGAN MANDI
Mesti korang pernah dengar juga kan orang cakap jangan mandi lepas makan nanti BUNCIT!!!aku pun ade dengar juga orang cakap kat aku..hehehe..tapi secara biologinya jika kita mandi selepas makan jumlah darah yang akan mengalir ke tangan, kaki dan badan kita akan menaik secara mendadak dan darah di sekitar bahagian perut kita akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan system penghadaman di dalam perut kita menjadi lemah.

6. JANGAN BERJALAN
Selalu kita dengar orang cakap kalau nak kurus berjalan sekurang-kurangnya 100langkah selepas makan sebab nak bagi makanan yang kita makan tu turun cepat..aku pun baru sedar rupanya fakta tu SALAH!!!sebenarnya jika kita berjalan selepas makan boleh menyebabkan system penghadaman kita tidak dapat menyerap nutrisi yang ada dalam makanan yang kita makan…jadi, lepas makan kita kenalah berehat-rehat sebentar barulah boleh berjalan-jalan..hehehe

7. JANGAN TIDUR
Nih pun selalu juga orang cakap..siapa yang tidur selepas makan akan BUNCIT!!(huhu~) kita tidak di galakkan tidur selepas makan sebab nanti makanan yang kita makan tu tak dapat dihadam dengan betul oleh perut kita ni..nanti mula lah terasa sakit-sakit perut..huhuhu~ dan tabiat tidur selepas makan ni boleh menyebabkan GASTRIK dan juga jangkitan pada usus..(aku dah kena gastri..sakit die memang tak tertanggung..)
**ok!!cukup 7 tips untuk kesihatan korang semua..
So aku harap lepas nih korang amal kan ye… ^_^
Daaa~**

Thursday, April 21, 2011

..::oh mertuaku::..

**holla~!!
Hari ini aku nak bercerita mengenai mertua..
Atau lebih khusus lagi…
Cara-Cara Memenangi Hati Mertua..
Perghhh~!!!
Tajuk memang tak ingat dunia..(macam lah aku ni dah kawin..heehehe)**

mode: berangan... ^_^


** Bila saja kita sudah selesai diakad nikahkan ataupun di ijab kabulkn, secara rasminya kita menjadi milik si dia. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.**

**macamlah aku ni dah kawin..hihi :D
Ini sekadar perkongsian dari aku..
(nak isi masa lapang sepanjang study week nih sebenarnya..ngeh3!!)**

p/s: aku rasa gembira melihat kawan-kawan aku yang dah berkahwin hidup bahagia dengan pasangan masing-masing..melihat anak mereka yang comel..ouh~!!bila lah aku nak ada anak sendiri…jangan tanya bila aku nak kawin..huhuhu~

sumber: syahirul.com 

Sunday, April 3, 2011

..::PSM oh PSM::..

**ouh~!! Diriku sungguh rindu untuk menulis di blog yang tak seberapa nih…
Walaupun sekarang xberapa nak free lagi (esok malam ada test!!!)
Tapi kepala otak nih dah terasa ringan sikit padahal project tak siap2 lagi..
Aku gagahkan juag untuk menulis..(ceeewaahh!!!)**

**entry kali ini aku nak mengarut sebab apa aku busy sangat sampai blog tak terupdate2..
Mesti korang-korang as pengikut setia aku nih tertunggu-tunggu kan..
Ahakkss!!(ada ke orang nak jadi pengikut setia blog kau!!perasan tahap dewa..)**

**salah satu sebab aku busy (ayat macam orang jawap exam!) adalah kerana aku bertungkus lumus (yeke??) menyiap kan PSM bukan PMS yee.. ^_^
PSM tu ape ye??
PSM itu adalah singkatan kepada Projek Sakit Mata..ahakz!!
Ehh!!ehh!!bukan!!bukan!!
PSM = Projek Sarjana Muda..ngee~
Sepanjang buat PSM nih memang aku jadi seorang yang sangat2 rajin baca journal dan baca buku..
Aku kena buat review tentang tajuk yang aku dapat..
Then, kena present depan panel2..(gile cuak!!!)
Kena hantar proposal PSM dekat SV(supervisor)
Nak tau apa tajuk PSM aku??
Haa~ nih dia…


Amcam?? Agak2 pening tak tengok tajuk dia??
Seriously aku pening first time tengok tajuk nih pun aku pening2 gak…
Tapi lepas bace journal2 dan buku2 sampai nak termuntah ijau baru lah aku faham sikit-sikit..

~aku jadi ulat buku jap~

Then aku tanya2 SV aku tentang tajuk nih…
Tanya dia betul tak apa yang aku fikirkan dengan apa yang dia harap kan…hohoho~


~konon aku nih best student la tuh!!~

Tapi aku memang respect giler dengan Sv aku nih…
Nama SV aku Dr.Syed Mohd Saufi Tuan Chik..
Beliau memang sangat2 pandai…
Aku yang baru buat PSM nih da give up…
Apatah lagi nak buat phD…
Hati memang kena KENTAL lah!!!**

**ok lah.. aku stop sampai sini dulu…
Nanti aku sambung lagi merepek…
Daaa~**

Saturday, April 2, 2011

..::funny pic::..



**just wanna share a funny pic.. ^_^
maaf terlalu busy hingga tidak punya masa untuk mengupdate blog..**

**bila dah habis final nanti aku akan update ye..**

(sila click pada gambar untuk tumbesaran)