~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Tuesday, April 26, 2011

..::sharing is caring::..

**hai readers…
Entry kali ini aku nak membebel mengenai perkara yang TIDAK boleh kita buat selepas makan..
Lepas baca tips nih harap-harap korang amalkan lah ye…
CHECK IT OUT!!**

1. JANGAN MEROKOK
Please!!please!!please !! walaupun korang perokok tegar macam mana sekali pun..tolonglah jangan merokok selepas makan ok?? Sebab jika anda mengamalkan merokok selepas makan, peluang anda untuk mendapat penyakit kanser@cancer adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang merokok 10 batang rokok..REMEMBER THAT!!

2. JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
“ape nih??tak kan makan buah pun tak boleh??” jangan salah faham ye..maksud aku selepas makan jangan terus makan buah-buahan..kenapa?? sebabnya buah-buahan yang kita ambil selepas makan itu akan menyebabkan perut kita BUNCIT kerana dipenuhi dengan angin…kalau nak makan buah-buahan anda boleh lah makan 1 atau 2 jam selepas makan ataupun sejam sebelum makan…

3. JANGAN MINUM TEH
“aik??teh pun tak boleh jugak??” kalau anda nak tahu, daun teh mengandungi  asid dan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung didalam makanan yang kita makan tu susah untuk di digestkan @dihadamkan..

4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
Hehehe..bunyi macam kelakarkan..tapi aku tahu ramai yang buat..yelah, lepas makan perut kita mesti padatkan..then tak nak bagi perut tu rasa padat kita pun longgarkanlah tali pinggang kita tu..kenapa aku cakap tak boleh longgarkan tali pinggang??kalau kita melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus kita berbelit dan tersekat dengan makanan..moralnya:jangan lah makan banyak-banyak..hihihi~

5. JANGAN MANDI
Mesti korang pernah dengar juga kan orang cakap jangan mandi lepas makan nanti BUNCIT!!!aku pun ade dengar juga orang cakap kat aku..hehehe..tapi secara biologinya jika kita mandi selepas makan jumlah darah yang akan mengalir ke tangan, kaki dan badan kita akan menaik secara mendadak dan darah di sekitar bahagian perut kita akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan system penghadaman di dalam perut kita menjadi lemah.

6. JANGAN BERJALAN
Selalu kita dengar orang cakap kalau nak kurus berjalan sekurang-kurangnya 100langkah selepas makan sebab nak bagi makanan yang kita makan tu turun cepat..aku pun baru sedar rupanya fakta tu SALAH!!!sebenarnya jika kita berjalan selepas makan boleh menyebabkan system penghadaman kita tidak dapat menyerap nutrisi yang ada dalam makanan yang kita makan…jadi, lepas makan kita kenalah berehat-rehat sebentar barulah boleh berjalan-jalan..hehehe

7. JANGAN TIDUR
Nih pun selalu juga orang cakap..siapa yang tidur selepas makan akan BUNCIT!!(huhu~) kita tidak di galakkan tidur selepas makan sebab nanti makanan yang kita makan tu tak dapat dihadam dengan betul oleh perut kita ni..nanti mula lah terasa sakit-sakit perut..huhuhu~ dan tabiat tidur selepas makan ni boleh menyebabkan GASTRIK dan juga jangkitan pada usus..(aku dah kena gastri..sakit die memang tak tertanggung..)
**ok!!cukup 7 tips untuk kesihatan korang semua..
So aku harap lepas nih korang amal kan ye… ^_^
Daaa~**

No comments: