~Tinggalkan link korang kat sini nanti i skodeng k~

Monday, January 31, 2011

..::roti oh roti::..






**Semua orang suka makan roti..(if I’m not mistaken..)

Aku pun suka makan roti..

Macam- macam jenis roti yang ada di dunia ni..

Roti buku, roti canai, roti telur, roti jala dan banyak lagi…(xlarat nak tulis semua)

Yang aku paling suka makan roti cheese bakar..nyum!!nyum!!

Sungguh enak tak terkata...**

~roti canai..sedapnyeeee~


** Tapi ada satu je jenis roti yang aku tak berapa selera nak makan..

Aku tak mahu cerita panjang korang tengok lah sendiri gambar-gambar ini..**







p/s: agak2nya lah kan korang berselera tak nak makan roti macam dalam gambar kat atas nih??aku macam tak sanggup je nak makan..huhuhu~ gambar ni aku ambil kt Mr.Google and amazing nara(kalau nak baca lebih lagi boleh click kat perkataan 2 k..)


Wednesday, January 12, 2011

..:: kehidupan pilot::..


"kehidupan Pilot”..bunyi tajuk entry kali ni macam aku lak yang jadi pilot kan…by the way, entry kali ini maybe lebih kepada luahan hati pasangan pilot kot..(aku la orangnye..huhuhu~)

Bila cakap pada orang tidak kira siapa pun mengenai pilot…first thing yang akan keluar dalam fikiran sesiapa pun adalah DUIT!!


Cmni la agknye expression yang akan keluar


Memang aku tak nafikan kerja pilot nih memang banyak duit (berbaloi la dengan kerja diorang yang nak bawa nyawa orang beratus-ratus tu dengan selamat)..tapi itu bukan sebab utama aku memilih pasangan hidup aku seorang pilot..masa mula2 aku kenal dengan “beliau” aku tak pernah tahu pun yang “beliau” ingin menjadi seorang pilot..(sudah!!lupakan sejarah lalu!!)


Style gak bile tgk uniform pilot..


Since “beliau” masuk belajar ke flying academy aku macam terasa jauh sedikit dengan “beliau” (scr fizikalnya pon mmg da jauh..). beliau terlalu sibuk belaja..Even time 2 pun aku still study lagi tapi kesibukkan “beliau” belajar dan terbang tanpa sayap itu membuatkan aku terasa jauh…masa aku cuti semester “beliau” tak cuti..masa “beliau” cuti aku pulak busy study…1001 macam dugaan datang menimpa..

Tahun lepas “ beliau” mula masuk kerja..aku seronok sangat sebab “beliau” lama juga la tanam anggur..(sgt kesian ok!!) bila kita dengar kerja pilot macam seronok je dapat jalan2, duit banyak…but for me tak rasa pun apa itu seronok…sebab “beliau” terlalu busy terbang sana terbang sini…aku cuba memahami kerjaya “beliau” tapi kadang-kadang aku menjadi seorang yang lansung tidak memahami….


Jd pilot adlh cita2 “beliau” dr kcik…


It sounds like aku lansung tak support kerjaya “beliau” kn??aku bukan tak support…tapi kadang-kadang aku inginkan “beliau” punya masa untuk aku..aku rasa sedih sangat-sangat bila melihat rakan-rakan aku happy dapat jalan-jalan dengan yang tersayang, makan bersama…aku tak mahu hari-hari tapi sekurang-kurangnya “beliau” punya masa untuk diluangkan bersama aku…sekurang-kurangnya sebulan sekali ke…

Apa boleh aku buat..itu yang “beliau” idamkan..itu yang “beliau” impikan..Aku hanya mampu mendoakan semoga “beliau” Berjaya dan sentiasa selamat..AKU SANGAT MERINDUI BELIAU…

Sebenarnya bukan senang kerja menjadi seorang pilot nih…aku kesian tengok “beliau”..kalau ada sesiapa yang teringin nak tahu apa yang aku maksudkan bukan senang tu cubalah jadi pilot…nanti conferm boleh faham apa maksudnya..

Cukuplah kot rasanya aku mengarut menulis..mahu berehat goyang kaki sebentar…


Monday, January 10, 2011

..::malam puisi riong:apakah dosaku::..


** last night (10 jan 2011) ada "Malam Puisi Riong: Apakah Dosaku" di Kompleks Sukan, UMP anjuran UMP and Berita Harian..best!! pengacara majlis pada malam tu Ahmad Fedtri Yahya...**

** ramai juga pemuisi yang datang antaranya PM Dr. Lim Swee Tim, Ramli Sarip, Imam Muda Asyraf, Anbakri, Taheera Roshina, Fynn Jamal, Cicik Akademi Nasyid, Masli NO dan lain-lain lagi..(aku xigt sbenaye spe lg..hehehe)**

** yang paling best masa nak penutup Ramli Sarip menyanyi semua orang rasa enjoy yang teramat2 sangat...(blh act ngn ayah aku yg mnt gle ramli saip..hehehe)**

** tema "Apakah Dosaku" berkisarkan pada isu pembuangan bayi yang semakin menular dan menjadi-jadi di kalangan remaja masa kini..(i'm blurr..xtau nk tulis ape lg da..)**








korang tgkla pic2 ni..ENJOY!!

tyme dato' NC UMP baca puisi..

PM Dr. Lim Swee Tim with Fedtri Yahya


PM Dr. Lim Swee Tim


Anbakri ( mula2 tgk muka dia cm Jamal Abdillah la...)

Cicik Akademi Nasyid


p/s: nk upload video2 tp tiba2 ade prob lak..huhuhu~ and sorry gambr xberapaa ok coz aq dok kt tgh2 so byk gmbr amek dr slide je la..hehehe

Tuesday, January 4, 2011

..::Daurah Penghayatan Remaja Islam 2010::..

** wah~!!! terasa lama gila aku tak menulis di blog nih...terlalu busy sampai nak update blog pon tak ada masa..huhuhu~ ok hari ni aku nak menulis ape yang aku buat sepanjang cuti semester nih...**

**cuti semester kali ini aku rasa bermanfaat la sikit sebab ada aktiviti yang aku buat..
aku jadi fasilitator untuk program Daurah Penghayatan Remaja Islam 2010 sempena cuti sekolah..
actually aku tak tahu pun tentang program ni..
kawan baik aku yang ajak sebab tak cukup fasi..
program ni start 22 nov - 30 dis 2010..
tapi untuk fasi ade 2 session...
sesi 1 (22 nov - 9 dis) and sesi 2 (13 dis - 30 dis)
aku join lambat sikit untuk sesi 1 tu atas urusan-urusan tertentu..hehehe
aku join 29 nov - 9 dis..
mula-mula aku blurr sebab tak tahu nak buat apa...
aku just follow the flow je...
program ni mula dari pkol 8 pg sampai 4.30 ptg (lbh kurang cm2 la..)
budak-budak yang join program ni dibahagi kepada 3 kategori..
rendah bawah (darjah 1 -3), rendah atas (darjah 4-6) and menengah..
sesi 1 aku jaga rendah atas..
pergh~!!
seronok gilerrrr....
aku jaga group gurl..

gambar group..xramai yg dtg..huhu~

memang best sangat2!!
geng2 fasi rendah atas pun best gak...
aku tol2 enjoy la sepanjang prog tu...
masa hari terakhir sesi 1 (9dis2010) aku rasa sedih sangat2..
sedih nak berpisah dengan adik-adik..
tapi aku tak menangis la plak (kerasnya hati aku..)
sesi 2 semua fasi2 baru akan take over...
dalam otak aku fikir macam2...
macam mana lah fasi2 baru nanti layan budak2 nih..
sama tak dengan cara aku layan diorang semua...
budak2 ni nanti gembira tak cam sekarang...
banyak lagi lah persoalan yang muncul dalam benak fikiran aku nih..

a lil bit pic sepanjang program daurah sesi 1..

fasi2 rendah atas n ustaz mahmud (BEST!!!)

makan tyme!!!

with my group..tyme claz smpt lg amek gmbr..

kanak2 @ dewan seminar